Seperti yang dijanjikan untuk promosi hadiah bernilai RM190 diberikan kepada 100 pelanggan pertama
Sari Mawar Chalet , Mersing
We are from Sari Mawar Chalet, Pantai Teluk Penyabong, Endau, Mersing. We are now in promotion stage and offering packages for student camp and event e.g. Motivation Camp, Student Leadership Camp, Uniform Unit Camping, Team Bonding Camp, Family Day etc. The rates is reasonable and negotiable. Have a fantastic moment at our chalet and see u. Feel free to contact us if there are any inquiries.Thanks. email: sarimawarchalet@gmail.com atau hubungi kami di talian di bawah
Monday, May 7, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Air Papan Vs Penyabong
Air Papan , Mersing Johor terletak 12 kilometer daripada Sari Mawar Chalet, jika dahulu lokasi ini terletak jauh daripada Air papan tetapi setelah pembinaan jalan raya yang baru menghubungkan air papan - teluk gorek siap dibina oleh Majlis Daerah Mersing, kini anda hanya memerlukan 10 minit sahaja daripada Air Papan , Mersing ke chalet kami.
Jika suatu masa dahulu orang ramai mengunjungi air papan sebagai destinasi pelancongan, kini mereka mendapat pilihan lain selain dari air papan setelah kawasan Penyabong digezetkan sebagai destinasi pelancongan.Di khabarkan perancangan pembangunan di masa hadapan ialah sebuah resort mewah yang dilengkapi dengan padang golf ,dan sebuah cawangan Uitm kampus mersing akan ditubuhkan di kawasan ini.
Jika dibandingkan dengan kawasan Air Papan, Mersing kawasan ini masih kaya dengan alam semulajadi dan hasil pesisiran pantainya kerana belum diterokai sepenuhnya.Kawasan pantainya yang landai kerana dikelillingi oleh teluk-teluk seperti Teluk gorek , Teluk Sari, Teluk Kerengga dan teluk penyabong menjadikan pantai sesuai dan selamat untuk anak- anak kecil berlari-lari dan bermandi manda di tepi pantai.
Mersing yang kini dalam proses untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di dunia dalam rangka mencapai wawasan 2020 , di harap Sari Mawar Chalet dapat membantu hasrat negara untuk menjadikan Malaysia salah satu Pusat Pelancongan utama dunia.
Pantai Penyabong, Mersing
Pantai Air Papan, Mersing
Tuesday, April 3, 2012
Proses naik taraf untuk dewan, dorm dan bilik sudah siap, tempahan boleh dibuat sekarang untuk sebarang aktiviti motivasi,kem kepimpinan,team bonding dan family Day.Di samping menyediakan fasiliti kemudahan tempat tinggal untuk lebih kurang 130 dalam satu masa pihak kami juga menyediakan fasiliti dan untuk aktiviti lasak seperti abseiling, hiking , island hopping dan jungle tracking.Suasana kampung dan kawasan yang strategik di tepi pantai yang kaya dengan alam semula jadi dan kawasan chalet seluas 4 ekar menjadikan kawasan ini sesuai untuk semua aktiviti pada nilai harga yang memuaskan (untuk tempahan aktiviti berkumpulan dan secara berulang melebihi 50 orang akan mendapat lebih diskaun).JutaanTerima kasih dari Sari Mawar Chalet kepada pelanggan-pelanggan yang setia bersama kami selama ini.Segala komen yang membina adalah di harapkan dari anda semua.Terima kasih
Chalet kayu ,hanya RM70 untuk satu malam (1 katil queen dan 1single)
pandangan chalet mengadap pantai
Chalet ni mempunyai 3 dorm (aircond) yang berkapasiti 60 oarng dalam satu masa
Dorm besar : RM370 satu malam (24 orang)
Dorm kecil : RM 190 satu malam (12 orang)
Lokasi menghadap pesisiran pantai
Dewan (aircond) memuatkan 120 orang dalam satu masa untuk sebarang aktiviti
Harga :RM 400 untuk satu hari
8 Buah Chalet untuk bilik Deluxe(aircond) dalam proses naik taraf dan dijangka siap hujung bulan april
Tempahan boleh dibuat untuk bulan Mei
Harga Promosi : RM110
lokasi di pesisiran pantai
Sunday, April 1, 2012
Aktiviti pesisir pantai Sari Mawar Chalet
Assalamualaikum, pada kebiasaannya pada musim februari hingga Mei, ramai rakan-rakan kita yang sudah biasa datang ke sini akan datang sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana di samping bercuti mereka akan mengadakan aktiviti menjala udang,ketam ikan dan sebagainya,kepada kawan-kawan yang nak datang tapi tiada jala atau pukat pihak chalet ada menyediakan kelengkapannya :) jadi jom kita sama-sama tgk gambar-gambar Mr Go bersama keluarga dan rakan-rakan daripada Kluang bersama tangkapan mereka,sekali tarik pukat je kt pesisir pantai Sari Mawar Chalet,dah memang rezeki diorang..jom tgk..
![]() |
| Ikan-ikan yang diperolehi |
![]() |
| Lobster pun ada |
![]() |
| Besarnya ketam |
![]() |
| Mr Go bersama hasil tangkapanya |
![]() |
| pilih-pilih. |
![]() |
| buat gulai masak lemak cili api pon sodap.. |
![]() |
| mahal ni kalau beli kat kedai,kat sini tarik pukat je,insyAllah dapat |
Sunday, March 4, 2012
Setelah proses penambahan dan pembaikan bilik selesai..insyaAllah..
bermula Mei 2012
pihak chalet memulakan operasi untuk bangunan dorm baru yang berkapasiti 60 orang pada satu masa,dikuti dengan penambahan 8 buah chalet baru penghawa dingin.Sementara itu dewan terbuka juga telah di naik taraf kepada dewan tertutup yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin berkapasiti 120 orang dalam satu masa dan sebanyak 20 bilik yang sedia ada di pesisiran pantai masih dikekalkan seperti biasa.Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)