Sari mawar chalet yang terletak di Teluk Penyabong, Endau Mersing Johor mampu menjanjikan ketenangan dan keindahan alam semulajadi kepada pengunjung. Hanya 30km dari Bandar mersing iaitu bersamaan 15 minit untuk menuju ke kawasan seluas 5.5 ekar ini. Kawasan chalet ini mampu memberikan suasana yang berlainan kepada pengunjung dengan keindahan pantai yang berombak berserta dengan angin yang nyaman.
Setelah proses penambahan dan pembaikan bilik selesai bagi bangunan dorm yang berkapasiti 60 orang pada satu-satu masa, diikuti dengan penambahan 8 buah chalet yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan 6 unit bilik yang berasaaskan kayu. Tambahan lagi, dewan yang terbuka sebelum ini sudah pun dinaiktaraf sebagai dewan tertutup yang juga dilengkapi penghawa dingin dan mampu memuatkan seramai 120 orang dalam satu-satu masa. Tambahan lagi, pihak Sari Mawar Chalet menyediakan tapak perkhemahan berserta tempat latihan “Outdoor games” yang dikendalikan oleh pelatih berkemahiran dari PLKN Teluk Sari, Mersing.

Dengan hanya kos yang rendah dan berpatutan, pengunjung dapat menikmati suasana pantai di chalet ini. Harga bilik bermula serendah dari RM70. Kapasiti maksimum bagi Sari Mawar Chalet ialah sebanyak 130 orang pada satu masa.Berlatarkan pemandangan pantai dan pulau-pulau berdekatan yang menarik dapat menjadi tarikan utama untuk semua pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh semua pengunjung seperti bermain bola tampar, menagkap ikan, menjelajah Pulau Mawar, memungut hasil laut dan aktiviti lasak.