Penyabong Vs Air Papan


Sari Mawar Chalet terletak kira-kira 12km dari Air Papan, jika dahulu lokasi ini terletak jauh sehingga mencapai 21km tetapi setelah pembinaan jalan raya yang baru menghubungkan air papan - teluk gorek siap dibina oleh Majlis Daerah Mersing, kini  anda hanya memerlukan 10 minit sahaja ke chalet kami.

Jika suatu masa dahulu orang ramai  mengunjungi air papan sebagai destinasi pelancongan, kini mereka mendapat pilihan lain setelah  kawasan  Penyabong digezetkan sebagai destinasi pelancongan.Di khabarkan perancangan pembangunan di masa hadapan ialah sebuah resort mewah yang dilengkapi dengan padang golf ,dan sebuah cawangan Uitm kampus Mersing akan ditubuhkan di kawasan ini.

Jika dibandingkan dengan kawasan Air Papan, Mersing kawasan ini masih kaya dengan alam semulajadi dan hasil pesisiran pantainya kerana belum diterokai sepenuhnya.Kawasan pantainya yang landai kerana dikelillingi oleh teluk-teluk seperti Teluk gorek , Teluk Sari, Teluk Kerengga, Teluk Buih dan Teluk Penyabong menjadikan pantai sesuai dan selamat untuk anak- anak kecil berlari-lari dan bermandi manda di tepi pantai.

Mersing yang kini dalam proses untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di dunia dalam rangka mencapai wawasan 2020 , di harap Sari Mawar Chalet dapat membantu hasrat negara untuk menjadikan Malaysia salah satu Pusat Pelancongan utama dunia.
                                                                 
                                                        Pantai Penyabong, Mersing


Pantai Air Papan, Mersing

8 comments:

  1. oooo kira sama je la tempatnya tapi kenapa air papan lagi populor di mersing berbanding teluk penyabong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air papan populor sebab dia wujud dulu dari telok penyabong. telok penyabong adalah alternatif bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan guru-guru yang risau kan keselamatan anak murid mereka. Walaupun gerak hingga 200 meter ke tengah pantai, kedalaman hanya mencecah tinggi 1 meter sahaja.

      Delete
  2. kenapa dalam gambar cantik ? tp haritu sy dtg sane air keruh je . tp yg seronoknye kt penyabong byk ikan . 1 baldi penuh dpt ikan . memang sedap makan ikan baru nih . hehe .

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah,memang dah rezki cik farah dapat byk ikan.menjawab kpada pertanyaan cik farah,kalau ombak kuat, biasanya air jadi keruh,sebb pantai kat situ cetek dan berteluk tp masa ni byk ikan, dalam gambar tu kami ambil semasa bulan 6-8 ombak tak kuat,air jernih dan malam2 boleh buat aktiviti suluh ketam.boleh tgk gmbar aktiviti-aktiviti yang lalu.:)
    terima kasih cik farah sebab sudi datang dan memberi komen yang membina.:)
    boleh lawat fanpage facebook kami dan blog untuk promosi akan datang.

    ReplyDelete
  4. Sy dapat email dr faraaliyuddin tentang pakej RM6000.00 utk 10 org terawal... boleh terangkan dengan lebih lanjut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program ni kami offer pada rakan-rakan yang nak buat perniagaan berasaskan event planning. kami kasi serendah 60% diskaun kepada siapa yang ambil pakej ni. nak tahu details sila email kepada kami di admin@sarimawarchalet.com.my. thanks sebab minat

      Delete
  5. Mak aik, oaken ape tu sampai rm6000?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pakej untuk buat pendapatan tambahan dihujung minggu dan sesiapa yang nak mula berniaga berasakan event planning seperti kem motivasi, family day, paintball dan pelbagai lagi. insyaallah berbaloi. lagi pun money back guarantee 5 years. nak tahu details boleh email di admin@sarimawarchalet.com.my

      Delete