Thursday, February 13, 2014

Sari Mawar - 'Kampung-Style Chalet'

Sari Mawar,
Kampung-style chalet

Agak sepi juga  blog ini untuk seketika waktu. Maaf atas kelewatan meng-update blog ini. Walauapapun, kami ingin ucapkan terima kasih di atas segala kesudian pelanggan kami ke Sari Mawar. Kami dengan rendah hati berharap kami telah dapat membantu sebaiknya dalam melayan semua pihak. Tetapi kami percaya ada ruang yang kami boleh perbaiki demi menjamin kepuasan semua pelanggan. Ada feedback yang membina dan ada feedback yang sangat konstruktif. Dan daripada pengamatan banyak pihak, keistimewaan chalet kami adalah sebab layanan mesra dan konsep ala kampung chalet kami.

Ala kampung?
Yup, sesuatu yang unik dan diterima hingga kini.

Apa yang kampungnya?
Semasa perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke chalet kami, pelanggan semestinya melalui kawasan kawasan yang banyak dengan pokok nan hijau, rumah-rumah kampung, bukit-bukit dan mungkin bertemu dengan sekumpulan lembu atau kambing. Pengalaman ini semestinya sama dengan perasaan semasa pulang ke kampung. Pengalaman tadi tidak sengaja akan menimbulkan satu perasaan yang teruja dan tidak sabar untuk sampai ke chalet. Sesudah sampai di chalet kami, suasananya sudah tentu nyaman. Kawasan yang lapang, pokok kelapa, pantai dan laut yang luas terbentang, dan akhirnya hembusan angin dari laut memberikan pelanggan satu pengalaman berbeza berbanding kehidupan di bandar. Anak-anak terutamanya sudah tentu berasa gembira dengan suasana ini.

Chalet kami disusun dengan beberapa blok yang berlainan, memberi  ruang antara blok dengan blok, ala rumah-rumah jiran di kampung. Ada blok chalet yang mengekalkan konsep ‘rumah kayu’ kampung. Dan ada blok chalet yang diupgrade kepada konsep ‘rumah batu’ kampung. Penggunaan tikar getah untuk setiap bilik memastikan feel kampung diteruskan. Walaubagaimanapun, bilik tetap dipastikan bersih dan kemas untuk kepuasan pelanggan. Selain tandas disetiap bilik, chalet kami juga ada menyediakan kemudahan tandas luar di sekitar kawasan chalet. Jadi, semasa melakukan aktiviti luar tidak perlu untuk kembali ke bilik semata-mata untuk ke tandas.

Antara feedback baik kami terima ialah layan mesra dan sopan pengurus chalet kami. Semestinya, orang kita memang lazim dengan kesopanan dan kemesraan semasa melayan tetamu. Bak kata orang, tetamu sentiasa didahulukan. Itu jugalah yang berjaya kami terapkan setakat ini. Alhamdulillah.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di chalet kami, sama sekali berbeza dengan aktiviti di bandar. Jika kena musimnya, pelanggan boleh memukat udang, menangkap kepah dan menangkap ketam. Pelanggan boleh juga melakukan eksplorasi ke Pulau Mawar untuk merasai pengalaman adventure sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Aktiviti-aktiviti seperti ini semestinya berbeza dengan aktiviti lazim yang biasa dilakukan di bandar. Perasaan teruja melakukan aktiviti seperti ini akan mengembalikan nostalgia anda semasa pulang dan bermain di kampung. Tambahan pula, ramai kanak-kanak sekarang tinggal di rumah teres, di hutan batu tidak merasai pengalaman seperti kanak-kanak zaman dulu. Oleh itu, adalah sangat baik untuk membiarkan mereka merasai pengalaman ini.

Di kampung, ada aktiviti rewang atau gotong royong dikalangan penduduk kampung ketika menguruskan sesuatu majlis seperti kenduri kahwin, Maulidur Rasul, kenduri doa selamat dan sebagainya. Perkara ini hanya akan mengeratkan lagi perpaduan dan tali hubungan antara penduduk. Begitu juga semasa di chalet kami. Konsep kerjasama ini boleh dilihat dikebanyakan aktiviti. Contohnya, semasa Family Day. Setiap ahli keluarga bergotong-royong melakukan sesuatu tugas. Ada yang menyediakan bahan-bahan masak, ada pula tukang masak, ada yang menyediakan minuman, ada yang menyediakan peralatan untuk BBQ, menyediakan peralatan karaoke dan bermacam lagi. Semangat kerjasama ini dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.

Chalet kami bukanlah hotel 5 bintang. Chalet kami lebih santai, tenang dan sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pengalaman-pengalaman seperti di atas. Jadi, jangan segan silu untuk call kami dan buat pertanyaan tentang chalet Sari Mawar.
Copyright- ‘Sari Mawar-Kampung-Style Chalet’.  

  

2 comments: